Core-CPI AS Meleset Daripada Jangkaan, USD/JPY Menjunam

86

USD/JPY jatuh mendadak selepas data harga pengguna Amerika Syarikat dikeluarkan pukul 9.30 malam pada Rabu. Pasangan matawang ini jatuh hampir 50 pip setakat pukul 9.54 malam.

Harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat meningkat pada November seperti yang dijangka, tetapi bacaan teras (core) meleset daripada jangkaan pasaran. Dengan data yang meleset ini ia dijangka akan menekan The Fed yang akan mengumumkan polisi semasa monetari pukul 3 pagi pada Khamis.

Dalam laporan oleh Jabatan Perdagangan, harga pengguna (CPI) meningkat 0.4% pada November berbanding bulan sebelum ini sejajar dengan ramalan dan kenaikan 0.1% pada Oktober.

Dari segi tahunan (y/y) harga pengguna meningkat kepada 2.2% bulan lalu menepati jangkaan dan mengukuh daripada 2.0% yang dicatat pada Oktober.

Apa yang menyebabkan kejatuhan mendadak US dolar adalah data Core-CPI yang jatuh kepada 1.7% (y/y) pada November meleset daripada jangkaan 1.8%.

Harga teras dilihat sebagai petunjuk yang lebih baik  dalam melihat tekanan inflasi dalam jangka masa panjang kerana ia tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga. Sasaran inflasi bank pusat adalah di sekitar 2%.

Walaupun dengan data yang meleset ini, Federal Reserve dijangka akan menaikkan kadar faedahnya kepada 1.50%. Ia adalah sebahagian daripada perancangan pengetatan kadar faedah secara beransur-ansur.

Oleh itu, pasaran akan lebih menumpukan kepada apa yang akan diperkatakan oleh Janet Yellen dalam sidang media selepas kenyataan polisi dikeluarkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat