Covid-19 Berakhir Tahun Hadapan?

779

Pengasas bersama Microsoft Corp, Bill Gates mendakwa krisis pandemik Covid-19 akan berakhir pada tahun 2021.

Bagaimanapun Gates menyatakan ramalannya itu bergantung kepada sama ada anda tinggal di negara membangun atau negara kaya seperti Amerika Syarikat (AS).

Jelas Gates, bagi negara kaya, krisis Covid-19 berkemungkinan besar boleh ‘ditamatkan’ pada akhir tahun hadapan manakala bagi kebanyakan negara lain akan tamat pada akhir 2022.

Ujar Gates, beliau begitu kagum melihat saluran inovasi berkaitan diagnostik dipertingkatkan terhadap terapi dan vaksin baharu.

Gates berkata beliau percaya vaksin akan dicipta dalam masa terdekat namun disebabkan isu penghasilan dan skala, sesetengah vaksin masih dalam pembangunan dan berkemungkinan hanya boleh membantu negara-negara kaya.

Gates juga mengecam sistem ujian kesihatan AS dan menyalahkan Presiden Donald Trump kerana mengambil sikap lewa dalam menangani Covid-19.

Menurut Gates lagi, jumlah kes coronavirus di AS yang tinggi adalah disebabkan kekurangan ujian kesihatan dan langkah menjejaki kontak selain keengganan untuk memakai pelitup muka.

Gates sendiri menjadi sasaran teori konspirasi dan kepalsuan mengenai virus terbabit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat