COVID-19 Berkemungkinan Jadi Penyakit Bermusim!

0 1,137

Menurut salah seorang ahli sains Amerika Syarikat, Anthony Fauci, wabak merbahaya yang sedang menyerang dunia kini, COVID-19 mungkin kembali dalam kitaran bermusim. Justeru itu, vaksin dan rawatan yang efektif perlu dicari dengan segera.

Selain itu, beliau yang mengetuai penyelidikan ke atas penyakit berjangkit di Institut Kesihatan Nasional itu mendedahkan bahawa virus berkenaan mula tersebar di hemisfera selatan yang bakal mengalami musim sejuk. Contohnya di Afrika Selatan, terdapat beberapa kes telah direkodkan di sana ketika menjelang musim sejuk.

Hal ini demikian kerana virus cenderung untuk membiak dalam cuaca yang sejuk berbanding keadaan panas dan lembap. Selain itu, musim sejuk juga akan melemahkan sistem imuniti badan. Oleh itu, ia senang tersebar lebih-lebih lagi apabila titisan pernafasan akan kekal lebih lama di udara ketika musim sejuk. Manakala pada musim panas, virus tersebut akan lebih cepat mati kerana lapisan lemak yang melindungi mereka akan kering.

Sehubungan dengan itu, persediaan yang rapi mestilah dilakukan jika ia tersebar pada kitaran tersebut buat kali kedua. Jadi, vaksin diperlukan dengan segera.

Kini, didakwa terdapat 2 jenis vaksin yang telah diuji kepada manusia iaitu di Amerika Syarikat dan China. Namun, kedua-keduanya memerlukan tempoh selama setahun untuk diedarkan. Tambahan daripada itu, beberapa rawatan juga sedang dikaji merangkumi beberapa jenis ubat seperti  chloroquine antimalarials dan hydroxychloroquine.

Walau bagaimana pun, Anthony menegaskan bahawa penurunan kadar jangkitan yang dicatatkan tidak bermakna virus tersebut telah berjaya dihapuskan!

Anda mungkin juga berminat