COVID-19: China Kata Amerika Syarikat Bongkak!

243

Kementerian Luar China membidas tindakan Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika Syarikat (AS), Alex Azar melawat Taiwan yang disifatkan sanggup membelakangkan rakyat AS demi kepentingan politik.

Menurut jurucakap kementerian, Zhao Lijian menerusi taklimat harian, Azar mengabaikan nyawa jutaan orang yang terseksa akibat penyakit Covid-19 dan sebaliknya melawat Taiwan.

Tambah Lijian, Azar dilihat bongkak dan tidak segan silu untuk mengkritik pencapaian anti pandemik China.

AS mencatatkan 5.2 juta kes Covid-19 dan lebih 166,000 kematian sehingga kini.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Azar menuduh China gagal mengeluarkan amaran kepada dunia tentang coronavirus.

Dakwa Azar, China mempunyai peluang untuk memberi amaran terhadap dunia dan bekerjasama mencegah wabak tersebut tetapi Beijing memilih untuk tidak berbuat demikian.

China bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut. Beijing menyatakan maklumat mengenai coronavirus terus dikeluarkan sebaik sahaja penyakit berkenaan tersebar.

Lawatan Azar ke Taiwan mencetuskan kemarahan kerana Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayah jajahannya.

Azar merupakan pegawai tertinggi yang melawat Taiwan sejak AS memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan pada 1979.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat