COVID-19: Hubungan EU Mula Goyah, Jerman Enggan Bantu Itali

1,336

Keadaan di Eropah yang terjejas akibat wabak pandemik coronavirus terus meningkatkan tekanan buat pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk campur tangan dalam usaha untuk melindungi ekonomi rantau itu dengan mengeluarkan hutang yang disokong oleh semua ahli.

Bagaimanapun, penyatuan dalam kesatuan ini mula goyah selepas ekonomi terbesar Eropah, Jerman dan beberapa ahli yang lain menolak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada negara-negara yang terjejas.

Sembilan negara anggota EU, termasuk Itali dan Sepanyol, telah meminta Brussels untuk mengeluarkan hutang Eropah dalam bentuk bon korona bersama dengan sekuriti yang berlainan buat sementara untuk membantu mereka yang terkesan disebabkan gangguan dalam aktiviti ekonomi.

Bagi Jerman dan beberapa ahli lain, permintaan tersebut dilihat mustahil untuk ditunaikan. Walaupun Itali menegaskan ia boleh membayar semula pinjaman tetapi ia tetap menimbulkan keraguan di kalangan negara peminjam mengenai keupayaannya untuk berbuat sedimikian.

Suruhanjaya Eropah baru-baru ini telah mengusulkan satu program untuk melindungi pekerjaan dan pekerja yang terjejas dengan pakej rangsangan bernilai €100 bilion dan skim bantuan €50 juta kepada Itali untuk menyediakan peralatan perubatan.

Malah, isu mengenai bon korona juga turut dikatakan telah dipertimbangkan oleh Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen baru-baru ini.

Namun begitu, disebabkan penolakan oleh beberapa ekonomi terbesar Eropah, von der Leyen terpaksa memohon maaf kepada Itali terhadap kegagalannya menyatukan semua pihak dalam membantu negara itu bagi menangani krisis ini.

Itali dan Sepanyol antara dua negara anggota EU yang paling teruk terjejas dengan jumlah kes yang dicatatkan di kedua-dua negara tersebut masing-masing telah melebihi 100,000 kes dan 10,000 kematian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat