Covid-19: Malaysia-AS Jalin Kerjasama

298

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bersetuju menjalinkan kerjasama dalam aspek penghasilan dan pengedaran vaksin Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menerusi panggilan telefon semalam.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Jurucakap Utama, Jabatan Negara AS, Cale Brown menerusi kenyataan dikeluarkan di laman rasmi agensi terbabit sebagai berkata, Hishammuddin dan Pompeo turut berbincang mengenai Kerjasama Komprehensif Malaysia-AS membabitkan aspek kesihatan serta ekonomi.

Selain itu, isu keamanan dan aktiviti perdagangan di Laut China Selatan juga dibincangkan oleh Hishammuddin dan Pompeo.

Ujar Hishammuddin, segala isu berkaitan Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman mengikut Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

Terdahulu, Hishammuddin turut mengadakan perbincangan dengan rakan sekutunya dari China, Wang Yi pada Rabu lalu.

Hishammuddin dan Yi dilaporkan mencapai persetujuan untuk mencari jalan terbaik bagi memastikan keselamatan rantaian bekalan vaksin Covid-19, sekali gus memberikan isyarat positif terhadap hubungan antara kedua-dua negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat