Covid-19 Tak Terkawal, Madrid Perlu Bantuan!

403

Pihak berkuasa di wilayah Madrid di Sepanyol hari ini meminta bantuan segera untuk mengupah ratusan doktor asing dan polis, ketika mereka mempertimbangkan untuk menguatkuasakan perintah berkurung ke lebih banyak kawasan akibat daripada peningkatan kes Covid-19.

Untuk pengetahuan semua, wilayah tersebut merupakan lokasi yang paling terjejas di Sepanyol oleh gelombang kedua coronavirus dan telah menjalankan perintah kawalan pergerakan antara dan dalam beberapa daerah yang menampung sekitar 850,000 penduduk.

Menurut Ignacio Aguado, wakil pemerintah daerah, mengatakan bahawa wilayah itu memerlukan 300 doktor dari luar Kesatuan Eropah yang telah bekerja ketika gelombang pertama wabak itu, tetapi tidak mampu untuk mengupah mereka dalam kadar segera kerana terikat dengan peraturan yang rumit.

Selain itu, mereka juga memerlukan seramai 222 polis tambahan untuk menguatkuasakan kuarantin dan denda di daerah-daerah yang dikenakan perintah berkurung.

Pada hari Isnin yang lalu, wilayah tersebut telah menggesa pemerintah pusat untuk meminta bantuan tentera bagi mengawal lonjakan kes jangkitan coronavirus di sekitar ibu kota Sepanyol. Lebih parah lagi apabila perintah berkurung yang dikuatkuasakan di beberapa kawasan berpendapatan rendah telah mendorong kepada aktiviti tunjuk perasaan.

Hal ini demikian kerana penduduk di kawasan berkenaan juga mencatatkan kadar jangkitan paling tinggi akibat daripada langkah-langkah pencegahan yang tidak cekap.

Berdasarkan data yang dikemukakan, Madrid menyumbang kira-kira sepertiga daripada kes Covid-19 di Sepanyol dan mempunyai bahagian kapasiti hospital tertinggi yang dipenuhi oleh pesakit Covid-19.

Jumlah kumulatif kes jangkitan coronavirus yang disahkan Sepanyol telah meningkat sejak berakhirnya perintah berkurung seluruh negara iaitu pada akhir bulan Jun dengan jumlah sebanyak 682,267 kes jangkitan iaitu yang tertinggi di Eropah Barat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat