CPI US Lemah Dari Jangkaan, Ini Sebab Kelemahan US Dolar Pada Awalnya

110

Harga pengguna (CPI) US naik 0.1% pada Julai berbanding jangkaan kenaikan 0.2% pada tempoh sama, di mana bacaan tahunan merekod kenaikan 1.7% berbanding jangkaan pasaran 1.8% tetapi lebih tinggi daripada sebelum ini 1.6%.

Harga pengguna teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga naik 0.1% pada Julai di bawah jangkaan 0.2% tetapi sejajar dengan bacaan 0.1% sebelum ini.

Harga tenaga jatuh 0.1% pada Julai walaupun dengan kenaikan harga minyak mentah dunia. Terdapat kejatuhan signifikan dalam harga gasolin pada tempoh tersebut yang menarik harga tenaga ke bawah.

Harga bagi kenderaan bermotor pula susut pada bulan keenam berturut-turut yang menyebabkan kejatuhan 0.6% dari tahun ke tahun, dengan harga kereta terpakai  jatuh 4.1% dalam tempoh 12 bulan sehingga Julai 2017.

Keyakinan pasaran terhadap inflasi yang lebih tinggi semakin terhakis sejak beberapa bulan lalu khususnya dengan kemelesetan harga pengguna (CPI) daripada jangkaan pasaran.

The Fed dilihat akan meneliti perkara ini dan kelemahan data kali ini sudah pasti akan mengurangkan keyakinan terhadap kenaikan kadar faedah beberapa bulan akan datang.

US dolar melemah sejurus sahaja data ini dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi dengan EURUSD melonjak 80 pip, emas mengukuh dan GBPUSD turut melonjak hampir 50 pip. Namun, disebabkan oleh laporan positif terhadap krisis geopolitik US-Korea Utara telah menyebabkan kelemahan mendadak Yen, CHF dan emas dan kita melihat pergerakan yang tidak menentu dalam pasaran ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat