Crypto.com Lebarkan Penggunaan Kad Kripto Ke 31 Negara Eropah

376

Crypto.com yang telah bekerjasama dengan i2c Inc dilaporkan telah menghantar kad kripto ke 31 negara Eropah sebagai salah satu usaha untuk meluaskan penggunaan matawang kripto di seluruh dunia.

Crypto.com yang berpangkalan di Hong Kong, mula ditubuhkan pada 2016 dengan tujuan menyediakan alternatif baru terhadap sistem kewangan yang tradisional. Dikatakan sistem ini mempunyai sistem keselamatan, privasi dan polisi terbaik.

Manakala i2c Inc telah mula diperkenalkan sejak 2001, dengan rekod terkini menjadi pilihan kepada berjuta pengguna dari lebih 200 negara, merupakan sistem yang menyediakan pembayaran digital dan perbankan terbuka.

Kerjasama antara dua syarikat ini sudah terbentuk sejak lebih dari tiga tahun yang lalu di Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan yang terbaru di United Kingdom, menjadikan program kad Crypto.com kini mula diterima oleh masyarakat dunia.

Pengguna kini boleh mula mengakses ekosistem kripto end-to-end yang lengkap memiliki kad pembayaran kripto, aplikasi dompet untuk membeli, menjual dan menjana kripto serta hadiah pulangan tunai (cashback) bagi setiap perbelanjaan.

Matawang digital mula mendapat perhatian ramai sejak berlakunya krisis ekonomi global dan pakej ransangan yang diperkenalkan oleh kerajaan hingga menyebabkan muncul hutang negara yang tinggi. Perkara ini turut mendorong kepada kebimbangan kemelesetan ekonomi pasca-pandemik yang disebabkan oleh inflasi yang tinggi.

Berdasarkan laporan kajian yang dilakukan oleh The Economist Intelligence Unit, ditaja Crypto.com, seramai 20% pengguna matawang kripto mengesahkan bahawa mereka tidak akan menggunakan kripto pada ketika ini sebaliknya akan mula menggunakannya pada tahun hadapan. 34% pengguna bersetuju pembayaran dalam talian memainkan peranan penting bagi matawang digital, 54% akan mempertimbangkan matawang digital baru yang dikeluarkan dan disokong oleh pihak kerajaan.

Pengerusi i2c Inc, Jim McCarthy menjelaskan keputusan tersebut adalah berikutan daripada keadaan ekonomi buat masa sekarang mendorong kepada gaya hidup baru di mana pengguna akan menfokuskan kepada penyelesaian wang yang lebih fleksibel iaitu mudah diakses dan mudah digunakan seiring dengan kehendak mereka, kehidupan digital.

Sambutan baik yang diterima di Eropah terhadap penyelesaian pembayaran Crypto.com membuktikan pengguna bersedia untuk menerima alternatif baru kepada sistem kewangan yang lama. Mereka percaya alternatif baru ini akan membantu mereka untuk mengawal kewangan dan pelaburan mereka. Disebabkan itu i2c tidak teragak-agak untuk membantu Crypto.com untuk membawa penyelesaian pembayaran yang lebih baik kepada dunia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat