Crypto Heist Di Poly: Pengakhiran Yang Bahagia!

1,157

Pada awal bulan Ogos komuniti kripto telah digemparkan satu insiden yang digambarkan sebagai ‘Crypto Heist’, dimana Poly Network dilaporkan telah menjadi mangsa penggodaman, menyebabkan kehilangan dana bernilai RM2.5 bilion ($600 juta) dalam sekelip mata.

Episod ini berterusan apabila Poly Network cuba merayu agar penggodam memulangkan kembali nilaian yang dicuri dan dalam masa yang pihak atasan Poly Network berjanji memberi pulangan yang lumayan.

Pada hari ini Poly Network telah memuat naik satu kenyataan yang menyimpulkan penamat bagi kejadian ini. Poly Network mengatakan bahawa hampir keseluruhan $600 juta yang dicuri pada bulan ini telah dikembalikan oleh orang yang mendalangi serangan ini.

Dalam catatan di Twitter, Poly Network mengatakan pihaknya telah memperolehi kembali semua aset kecuali $33 juta tether stablecoin yang telah dibekukan oleh bursa kripto. Mereka menyatakan bahawa pihaknya sedang berunding dengan pihak syarikat tether mengenai pembekuan dana tersebut.

Penggodam dalam salah satu kenyataan mengatakan bahawa beliau melakukan perkara itu hanya untuk suka-suka bagi mendedahkan kelemahan dan merancang untuk kembalikan semula aset kripto yang diambil.

Poly Network menggelar penggodam tersebut sebagai “White Hat” dan menawarkan jawatan pengurus sekuriti rangkaian. Serangan godam terhadap Poly Network menjadikan insiden ini sebagai kes penggodaman terbesar dalam sejarah kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat