‘Crypto Winter’ Bakal Jejaskan Pendapatan Firma Fintech

159

Wall Street menurunkan unjuran terhadap syarikat fintech Coinbase (COIN.O), dan Black (SQ.N) dipengaruhi oleh kesuraman pasaran mata wang kripto yang menambahkan lagi tekanan terhadap syarikat di samping berdepan faktor kenaikan kos dan peningkatan mendadak kadar faedah.

Platform pertukaran kripto, Coinbase dijangka akan melaporkan tentang penyelarasan kerugian pada suku kedua, manakala syarikat pembayaran Blok yang diketuai oleh Jack Dorsey berkemungkinan merosot 70% dalam keuntungan yang dikemaskini.

Coinbase telah mendapat pendedahan yang besar dalam ketidakstabilan pasaran kripto. Oleh itu, Coinbase telah mengalami kerugian lebih daripada tiga perempat daripada permodalan pasarannya pada tahun ini.

Menurut Dan Dolev, pegawan penganalisis penyelidikan ekuiti fintech di Mizuho Securities USA mengatakan bahawa Coinbase akan mempunyai perjalanan yang sukar dalam tempoh 12 hingga 18 bulan.

Sebagai info, Square telah menukarkan namanya sebagai Block pada tahun lepas dengan objektif untuk lebih memfokuskan blockchain. Namun begitu, semasa berlakunya kemerosotan pasaran saham tahun ini, Block telah hilang separuh daripada nilai pasarannya.

Penjualan mata wang kripto juga memberi impak yang negatif terhadap syarikat-syarikat yang melabur dalam kripto serta kebanyakannya mula mencari perlindungan kebankrapan.

Tekanan persaingan dan unjuran pengurangan syarikat juga adalah salah satu sebab saham fintech semakin melemah menurut pandangan penganalisis Credit Suisse.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat