Cryptolicious! Microstrategy Dan CEO Michael Saylor Semakin Kaya Dengan Aset Kripto

184

Microstrategy menerusi laporan keuntungan suku ketiga 2020, mendedahkan firma itu telah membeli aset kripto sebanyak 38,250 bitcoin (BTC) dengan harga per syiling $11,111, membawa nilai keseluruhan $425 juta.

Ketika ini harga BTC mencecah $13,495 dan secara tidak langsung pegangan bitcoin firma itu bernilai lebih daripada $515 juta.

Sebelum ini, Microstrategy buat pertama kali telah membeli 21,454 bitcoin pada Ogos lalu yang mana ketika itu membawa nilai keseluruhan $250 juta.

Harga saham syarikat tersebut turut meningkat hampir 38% dari $117.81, ketika pihak mereka mengumumkan strategi peruntukan modal bitcoin dalam laporan suku kedua pada Julai lalu kepada $162.15 ketika ini.

Pada masa yang sama, CEO Microstrategy, Michael Saylor memiliki aset bitcoin bernilai $238.46 juta.

Individu tersebut sebelum ini bukanlah peminat aset kripto, menyamakan pelaburan Bitcoin seperti perjudian atas talian.

Namun, tanggapannya itu berubah sejak pembelian bitcoin. Saylor yakin dengan matawang kripto sebagai simpanan nilai terbaik, menganggap aset digital itu jauh lebih baik berbanding emas atau saham teknologi.

Saylor juga pernah menyatakan rancangan Microstrategy untuk menyimpan BTC bagi tempoh 100 tahun lagi.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat