Cukai Barangan Mewah Bermula Mei Tahun Depan

331

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa barangan mewah seperti beg tangan, barang kemas dan jam tangan bakal dikenakan cukai pada bulan Mei 2024.

Ucapannya itu susulan daripada menjawab soalan daripada ahli parlimen Kampar, Chong Zhemin berkenaan cukai yang bakal dikenakan dan mekanismenya.

Ulasnya lagi, Kementerian Kewangan memuktamadkan dasar dan aspek perundangan untuk mengenakan cukai pada barang bernilai tinggi dan mewah.

Keputusan ini dibuat berdasarkan perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Malaysia.

Pembentangan Bajet 2023 pada Februari lalu juga turut menyentuh berkenaan langkah memperluaskan cukai kepada golongan yang berkemampuan.

Selain itu, cukai juga turut dikenakan untuk kereta mewah yang dijual melebihi harga RM200,000 iaitu sebanyak RM20,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat