Cukuplah! EU Tak Nak Bincang Dah

504

Kesepakatan atau tidak dengan UK tidak akan menjadi persoalan pada sidang kemuncak Majlis Eropah akhir minggu ini.

Seorang pegawai kanan Kesatuan Eropah (EU) memberitahu bahawa Presiden Suruhanjaya Ursula von der Leyen mungkin memberi taklimat kepada pemimpin negara dan kerajaan EU mengenai status perbincangan perjanjian perdagangan pasca-Brexit dengan Perdana Menteri UK Boris Johnson.

Bagaimanapun, para pemimpin tidak akan membahaskan perkara tersebut, apatah lagi memilih untuk menyetujui sebarang perjanjian yang berpotensi.

Sebarang tentatif kesepakatan yang diperoleh von der Leyen atau ketua perundingnya, Michel Barnier, mesti dipersetujui sebulat suara oleh semua 27 negara anggota EU dan perlu disahkan oleh parlimen Eropah dan Britain.

Para pegawai telah memberi amaran bahawa masa semakin suntuk untuk proses penilaian yang ketat sebelum berakhirnya tempoh peralihan Brexit pada 31 Disember.

Walaupun terdapat tekanan masa, pegawai kanan itu mengatakan bahawa pemimpin EU tidak mahu agenda sidang kemuncak mereka diganggu oleh isu Brexit.

Mereka dilaporkan akan membincangkan mengenai krisis wabak coronavirus, perselisihan mengenai mekanisme aturan undang-undang yang telah menghentikan pakej belanjawan dan pemulihan €1.82 trilion serta beberapa masalah lain.

Sementara itu, ketika perbincangan pada hari Rabu, PM Johnson dan von der Leyen telah bersetuju untuk menetapkan 13 Disember (Ahad) sebagai tarikh akhir untuk membuat keputusan mengenai masa depan rundingan perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat