Dagangan AUD/USD, Berisiko Atau Peluang Untuk Profit?

311

Matawang dolar Australia menunjukkan pergerakan pasif harga pada dagangan minggu ini berikutan masih dipengaruhi oleh ketidakpastian rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga yang bergerak perlahan memberi isyarat bagi kedua-dua matawang diniagakan berhati-hati untuk isyarat sentimen pasaran yang lebih jelas.

Dolar USD turut dididagangkan berwaspada menjelang keputusan mesyuarat FOMC pada awal Khamis nanti.

Harga bergerak dalam julat sekitar 20 pips sejak semalam dengan pergerakan terendah harian semalam pada paras 0.68200 dan harga berlegar di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan kecenderungan pergerakan menurun harga.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat kenaikan dari paras support 0.68200 menguji garisan halangan MA50. Kenaikan harga didorong pengukuhan Aussie ekoran data inflasi tahunan China yang meningkat seperti yang dijangkakan.

Namun pengukuhan hanya bersifat sementara apabila harga kembali menunjukkan penurunan semula pada penghujung sesi Asia selepas gagal melepasi kenaikan melepasi MA50.

Jika harga berjaya turun melepasi paras support 0.68200, destinasi yang dilihat akan menjadi tumpuan harga adalah pada paras tumpuan pada 0.67700.

Penurunan lebih rendah akan kembali menguji paras terendah harga yang dicapai pada penghujung November lalu di paras sekitar 0.67530.

Sebaliknya jika sentimen pasaran kembali positif atau faktor tertentu yang menyokong dagangan Aussie, harga bakal melonjak menuju paras resistance yang diuji sepanjang minggu lalu.

Paras resistance pada ketinggian 0.68600 bakal menjadi tumpuan harga pada kenaikan seterusnya. Paras ini juga dilihat berada pada zon SBR (support become resistance) utama pada carta AUD/USD untuk skala pergerakan yang lebih besar.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat