Dagangan Ekuiti Bermula Lemah Pada Permulaan Minggu

111

Pasaran ekuiti memulakan sesi dagangan awal minggu pada nota negatif apabila kebanyakan indeks utama Asia Pasifik didagangkan rendah.

Menyingkap papan indeks, Nikkei Jepun jatuh 0.23%, Topix susut 0.29%, S&P/ASX 200 Australia hilang 0.16%, Kospi Korea Selatan turun 0.43% dan Kosdaq junam 0.38%.

Indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun susut 0.21%.

Niaga hadapan Wall Street menyaksikan Dow Jones Industrial turun 0.2% sementara S&P 500 dan Nasdaq Composite masing-masing susut 0.3%.

Penurunan pada ekuiti boleh dikaitkan dengan pengukuhan indeks dolar selepas terbitan laporan pekerjaan NFP yang kukuh di luar jangkaan, selain diapit faktor kadar pengangguran yang berkurangan di Amerika Syarikat (AS).

Di rantau Asia pula, data perdagangan China bagi bulan Julai memperlihatkan eksport dalam denominasi dolar meningkat 18% berbanding tahun lalu dan ia merupakan pertumbuhan terpantas yang mengatasi jangkaan 15% penganalisis.

Sementara itu, import denominasi dolar China naik 2.3% pada Julai berbanding tempoh sama 2021, iaitu sedikit rendah daripada jangkaan keuntungan 3.7%.

Tumpuan bagi sepanjang minggu ini pula berfokuskan kepada data CPI bulanan yang dijangka akan menurun ekoran kejatuhan harga minyak sementara data PPI dan indeks sentimen pengguna AS juga akan jadi perhatian pelabur.

Pergerakan dolar menyaksikan greenback diniagakan kukuh berbanding sejumlah mata wang lain pada 106.651 selepas terbitan data pekerjaan NFP pada Jumaat lalu.

Yen Jepun diniagakan kukuh pada $135.26 sementara dolar Australia pada $0.6903.

Bagi komoditi, niaga hadapan minyak mentah AS turun 0.88% pada $88.23 sementara minyak mentah Brent turun 0.85% pada $94.11.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat