Dagangan Emas Makin Kritikal!

1,615

Emas terus menjunam lebih rendah ke bawah harga $1,700 per auns selepas dibenam oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang melonjak lagi tinggi.

Pada sesi Asia, emas didagangkan lemah di sekitar harga $1,678 per auns, membawanya menjunam ke paras terendah 9 bulan.

Penanda aras hasil bon kerajaan AS 10 tahun mencecah tahap ketinggian terbaru 14 bulan pada 1.77%, dan sekali gus mendorong dolar greenback meningkat lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama.

Data indeks keyakinan pengguna AS untuk bulan Mac yang diterbitkan semalam juga memperlihatkan optimisme pasaran yang kuat untuk pemulihan ekonomi dalam beberapa bulan akan datang.

Hal ini menyebabkan dagangan logam kuning terus di bawah tekanan, ditambah lagi dengan keyakinan pembuat dasar Federal Reserve (Fed) terhadap pemulihan ekonomi AS yang disokong oleh pelancaran vaksin dan bantuan fiskal besar-besaran oleh kerajaan.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada pengumuman Presiden AS Joe Biden yang akan melancarkan pelan infrastruktur yang dianggarkan bernilai $3 trilion dan turut merangkumi kenaikan cukai lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat