Dagangan Emas Susut Rendah, Nada ‘Dovish’ Powell Semakin Meyakinkan!

518

Pasaran emas merosot semasa sesi Amerika Utara apabila peserta pasaran mencerna ucapan Presiden Federal Reserve (Fed), Jerome Powell di forum Bank Pusat Eropah (ECB) di Portugal.

Powell mula berpendirian ‘dovish’ di saat hasil Perbendaharaan AS kekal kukuh. Mata wang USD pula kekal pada paras biasa walaupun alami turun naik sepanjang sesi.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,330.31 iaitu tidak berubah ketara dengan naik 0.03% sejak ia dibuka pada sesi awal dagangan Asia.

Dalam ucapannya, Powell menyebut bahawa disinflasi bergerak semula namun menyatakan dia ingin melihat kemajuan lanjut sebelum pelaksanaan pengurangan kadar faedah.

Katanya lagi, kedudukan ekonomi AS dan pasaran buruh kekal kukuh meningkatkan keupayaan Fed untuk bertindak serta mereka memerlukan masa untuk menilai.

Beliau juga turut mengakui risiko dua nada dalam kalangan pegawai-pegawai Fed semakin seimbang dan mereka perlu segera menyelesaikannya.

Sebelum ini, data pekerjaan AS mendedahkan bahawa kekosongan pekerjaan meningkat secara mengejut melebihi anggaran. Ini memaparkan keteguhan pasaran di tengah-tengah kadar faedah yang tinggi pada 5.25% hingga 5.50% sejak beberapa tahun ini.

Pada Rabu, data PMI Perkhidmatan daripada S&P Global dan Institut Pengurusan Bekalan ISM diperhatikan pasaran bagi menilai kedudukan ekonomi AS.

Awal pagi Khamis, pasaran akan disajikan dengan laporan penting minit mesyuarat Jawatankuasa Terbuka Persekutuan (FOMC) dalam menentukan dasar monetari lanjut oleh bank pusat.

Tumpuan seterusnya akan disambung semula pada Jumaat dengan laporan Non-Farm Payroll (NFP) untuk bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat