Dagangan EUR/AUD Dipandu Data Prelim GDP Jerman Serta Trade Balance China

424

Ekonomi di Jerman dilihat sedang bergelut dengan risiko kegawatan berikutan ekonomi negara tersebut yang sangat bergantung terhadap keadaan permintaan global. Produk dan perkhidmatan eksport Jerman menyumbang kepada lebih 50% kepada kadar pertumbuhan ekonomi, namun sentimen semasa memberi amaran terhadap risiko pertumbuhan ekonomi global yang semakin perlahan pada tahun 2019.

Dengan itu, pasaran melihat Jerman semakin menghampiri ke arah risiko kemelesetan ekonomi. Ini dikuatkan lagi dengan bacaan data terbaru di mana hasil pulangan bon Jerman 10-tahun mengalami kejatuhan ke paras lebih rendah dari 0.10%.

Tumpuan pelabur pada sesi Eropah petang ini adalah kepada Jerman sebagai ekonomi terbesar pada zon Eropah yang mengeluarkan data jangkaan awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Prelim GDP tahunan yang mengukur kesihatan dan pertumbuhan ekonomi negara tersebut pada jam 3 petang tadi.

Bacaan data jangkaan awal GDP adalah di paras 0.0% lebih rendah daripada jangkaan kenaikan 0.1% untuk suku tahun keempat. Data indeks harga borong (WPI) Jerman yang dikeluarkan bersama turut mencatatkan penurunan pada paras -0.7% berbanding jangkaan kenaikan 0.3%.

Ini akan menambahkan lagi tekanan terhadap dagangan EURO.

Manakala, data laporan imbangan dagangan di China untuk bulan Januari pula memberi reaksi yang positif dalam pasaran. Angka menunjukkan kenaikan kepada 271.42 billion CNY berbanding angka sebelumnya pada 395 billion CNY.

Dilihat lebih terperinci, dapat disimpulkan kadar import menunjukkan kenaikan kepada 2.9% untuk bulan pertama tahun 2019 berbanding -3.1% yang direkodkan pada Disember 2018. Sementara, kadar eksport pula melonjak 13.9% berbanding bacaan sebelumnya pada 0.3% sahaja.

Data ekonomi China yang positif di China akan turut memberi kesan terhadap ekonomi di Australia atas faktor rakan dagang.

Oleh itu, dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/AUD terus menunjukkan corak penurunan harga dan bergerak di bawah paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line.

 

Lihat paras-paras yang berpengaruh pada chart EUR/AUD ini berpandukan pada support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line.

Paras support : 1.5834, 1.5791, 1.5722.
Paras resistance : 1.5946, 1.6015, 1.6058.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat