Dagangan Komoditi Beraksi Cemerlang Di Awal Minggu

275

Dagangan komoditi dilihat positif pada permulaan Mei dengan harga emas mencatatkan peningkatan, begitu juga bagi pasaran minyak mentah.

Belum lagi memasuki sesi pasaran New York, emas manfaatkan kelebihan untuk mengukuh pada sesi pasaran Asia awal minggu ini.

Pada minggu lalu, harga emas masih gagal mencapai paras sasaran $1,800 per auns seperti yang dijangkakan oleh penganalisis.

Emas fizikal di India dijual pada harga diskaun minggu lalu untuk pertama kali pada tahun 2021 berikutan lonjakan kes Coronavirus yang mendorong sekatan pergerakan lebih ketat dan mengurangkan tarikan pembeli.

Namun, penggunaan emas China melonjak 93.9% pada 3 bulan pertama berbanding suku pertama tahun lalu menurut kenyataan oleh Persatuan Emas China pada Jumaat.

Harga minyak mentah pula meningkat pada Isnin berikutan pasaran optimis terhadap peningkatan semula permintaan bahan bakar oleh China dan negara-negara membangun yang lain pada separuh tahun kedua meredakan kebimbangan terhadap sekatan ekonomi di India.

Vaksinasi dilihat akan memulihkan permintaan minyak global, khususnya ketika kemuncak musim melancong pada suku ketiga, mendorong penganalisis meningkatkan unjuran harga minyak Brent untuk bulan kelima berturut-turut.

Berhubung bekalan minyak pula, Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dijangka meningkatkan pengeluaran kepada 25.17 juta tong shari pada April, meningkat 100,000 daripada Mac dengan Iran dan beberapa pengeluar lain turut meningkatkan pengeluaran.

Iran dan Amerika Syarikat (AS) sedang dalam rundingan untuk mengemaskini perjanjian nuklear yang akan mendorong AS menarik balik sekatan dan akan membenarkan Iran meningkatkan eksport minyak mereka.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat