Dagangan Logam Berharga Mula Suram Dalam Sesi Eropah!

49

Harga emas didagang lebih rendah dalam sesi Eropah pada Isnin berikutan tindakan Trump sebelum ini telah melegakan kebimbangan pelabur terhadap dasar pentadbiran baru.

Emas bagi penghantaran April di Comex telah menjunam sebanyak $3.90 atau kira-kira 0.30 peratus atau kira-kira $1,232 satu troy ounce.

Harga logam kuning ini telah melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 3 bulan minggu lepas berikutan kebimbangan terhadap risiko politik di Eropah dan ketidaktentuan ekonomi di Amerika Syarikat.

Namun begitu, emas kembali menjunam selepas Trump mengatakan bahawa beliau akan mengumumkan sesuatu yang luar biasa dari segi cukai dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sementara itu, sidang kemuncak pertemuan di antara Jepun dan AS telah berakhir dengan lancar sekali gus menyokong sentimen pasaran.

Tindakan Trump dan Abe itu telah menenangkan semula pasaran apabila dikatakan membincangkan isu-isu yang agak sukar termasuk isu perdagangan, matawang dan keselamatan.

Bagi minggu ini pula, tumpuan pelabur dialihkan kepada ucapan Janet Yellen terhadap sebarang isyarat mengenai kenaikan kadar. Beberapa laporan ekonomi penting juga dijadualkan akan dikeluarkan di AS minggu ini.

Bagi perdagangan logam lain, copper melonjak sebanyak 2 sen atau kira-kira 0.7 peratus.

US Dollar Melonjak Sebagai Tindak Balas Terhadap Pertemuan Trump dan Abe!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat