Harga minyak mentah berlegar di paras terendah dalam tempoh 3 bulan apabila kebanyakan pelabur menanti laporan utama yang akan memberikan petunjuk terkini mengenai bekalan dan permintaan minyak mentah di dalam pasaran global.
Dalam sesi Asia, WTI mentah menyusut kepada $48.37 manakala Brent mentah diniaga menjunam kepada $51.43 setong.
Harga minyak mentah jatuh mendadak sejak minggu lepas apabila kebanjiran bekalan minyak mentah di AS dikatakan menghalang usaha OPEC dalam menyekat lebihan output dan mengurangkan lebihan global.
Komoditi ini kembali bangkit selepas OPEC dan beberapa pengeluar lain termasuk Russia telah bersetuju untuk mengekang pengeluaran hampir 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama tahun 2017.
Menurut penganalisis di ClipperData, Matt Smith, OPEC dijangka akan mengumumkan data bulanannya minggu ini diikuti oleh laporan minyak bulanan oleh IEA.
Dalam masa yang sama, penganalisis juga memberi andaian bahawa penurunan minyak mentah tidak akan jatuh dengan mendadak kerana komoditi ini telah jatuh melebihi 8 peratus sejak Isnin yang lepas.
Aussie Melemah Sementara Menanti Beberapa Data Penting Dari Australia dan China