Dagangan Minyak Global Meningkat Hampir 1.5 Peratus Dalam Sesi Asia!

33

Harga minyak mentah melonjak dalam sesi Asia pada hari Jumaat selepas AS melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu ke Syria sebagai tindak balas kepada serangan senjata kimia ke atas orang awam sebelum ini.

Sesi dagangan crude oil spike sebanyak 1.5 peratus kepada $52.48 setong, manakala Brent mentah meningkat ke tahap $55.70 setong.

Sementara itu, pasaran minyak mentah akan menumpukan perhatian kepada jumlah kiraan pelantar yang akan dikeluarkan hari ini.

Semalam, harga minyak mentah ditutup lebih tinggi apabila jangkaan bahawa perjanjian pemotongan bekalan oleh OPEC akan dilanjutkan selepas Jun sambil mengimbangi jumlah lebihan inventori dari AS.

Niaga crude futures ditutup agak tinggi bagi hari ketiga berturut-turut walaupun terdapat kebimbangan baru terhadap jumlah pengeluaran minyak yang semakin meningkat di Amerika Syarikat.

Laporan daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga pada Rabu memaklumkan bahawa AS menyaksikan peningkatan yang tidak dijangka walaupun pasaran kini sedang bergerak ke musim panas yang kebiasaannya menjadi waktu puncak bagi penggunaan minyak petrol.

Pelabur minyak mentah kini mengharapkan OPEC agar melanjutkan perjanjian semasa untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak kira-kira 1.8 juta tong sehari.

Menurut sumber industri, kadar pematuhan setakat 20 Mac berlangsung pada kadar 90 peratus.

Ini Jangkaan Pergerakan Greenback Menjelang Pengumuman Laporan NFP!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat