Dagangan Minyak Mentah Terkesan Oleh Kenyataan OPEC Mengenai Bekalan Minyak

289

Dagangan minyak mentah meningkat berikutan berlaku penurunan yang mengejutkan dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat sebanyak 541,000 tong pada minggu lepas daripada jangkaan sebanyak 1.6 juta tong, demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika.

Bagaimanapun, harga pasaran tidak meningkat banyak berikutan isyarat bercampur mengenai permintaan minyak di China selaku pengimport terbesar minyak mentah, memandangkan pengeluaran perindustrian di negara itu menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan daripada yang dijangkakan pada Oktober.

Selain itu, Setiausaha Agung OPEC Mohammad Barkindo memberitahu bahawa bekalan minyak pada tahun 2020 mungkin terjejas kerana pertumbuhan pengeluaran minyak syal yang semakin perlahan. Di samping itu, beliau turut menyatakan asas ekonomi global masih kuat dan yakin AS dan China akan mencapai perjanjian perdagangan.

Berikutan itu, minyak mentah Brent mempamerkan peningkatan sebanyak 0.14% kepada $62.72 setong manakala WTI Amerika Syarikat naik sebanyak 0.10% kepada $57.84 setong.

OPEC dan sekutunya, termasuk Rusia akan bertemu pada 5 dan 6 Disember ini untuk membincangkan dasar pengeluaran dan mengenai sama ada pelanjutan perjanjian dalam menghadkan penghasilan pengeluaran minyak yang akan berakhir pada Mac 2020.

Sementara itu, ketidaktentuan dalam perdagangan AS dan China terus memberi manfaat buat dagangan safe-haven emas untuk meningkat lebih tinggi pada sesi Eropah di sekitar paras $1466.00 dan $1467.00.

Susulan daripada itu, rundingan AS dan China dilaporkan mempunyai masalah berhubung pembelian produk perladangan, kerana China dikatakan tidak mahu perjanjian yang kelihatan lebih memihak kepada AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat