Dagangan Minyak Tempuh Jalan Berliku

324

Dagangan komoditi hitam terus berada di bawah tekanan berikutan kebimbangan terhadap pengurangan permintaan bahan bakar global yang disebabkan lockdown di Eropah.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent susut 37 sen kepada $64.16 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula diniagakan merosot ke sekitar $61 setong.

Terbaru, Jerman dilaporkan sedang merancang untuk melanjutkan sekatan untuk membendung penularan Covid-19 sehingga bulan kelima, setelah kes baru yang dicatatkan berada di tahap membimbangkan.

Sementara di UK pula, pelancaran vaksin terus berjalan dengan baik, tetapi Perdana Menteri Boris Johnson turut merancang untuk melanjutkan langkah sekatan sehingga bulan Oktober berbanding Jun yang dianggarkan sebelum ini.

Walupun begitu, data dari seluruh dunia menunjukkan pemulihan permintaan yang stabil walaupun tidak ketara.

Permintaan minyak global yang menjunam sebanyak 30% semasa penutupan wabak terburuk pada bulan Mac dan April 2020, kini telah kembali pada sekitar 95% dari paras tertinggi sebelum Covid melanda, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa.

Dengan tambahan pemotongan output yang agresif dari OPEC+, ia telah membantu kenaikan harga lebih 20% pada tahun ini, walaupun pergerakan harga minyak agak terbatas sejak minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat