Dagangan Safe-Haven Melonjak Terkesan Oleh Sentimen Berisiko

707

Setakat sesi Eropah, pergerakan matawang utama masih lagi dipengaruhi oleh risiko ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijangka akan berterusan selepas Iran mengeluarkan ancamannya untuk mengenakan tindak balas atas serangan udara AS awal pagi tadi.

Kekhuatiran pelabur terhadap kemungkinan situasi ini akan bertambah buruk, telah memberi manfaat buat dagangan safe-haven yen yang didagangkan meningkat berbanding matawang utama lain sejak laporan tersebut dikeluarkan.

Safe-haven yen didagangkan meningkat 0.5% berbanding US dolar sehingga mencecah paras ketinggian dua bulan.

Matawang Swiss Franc melonjak ke paras tertinggi empat bulan berbanding dolar euro yang turut diniagakan lemah berbanding USD.

Selain itu, dagangan emas juga turut melonjak menghampiri paras ketinggian yang dicapai September lalu setelah mencatat peningkatan lebih 1% untuk diniagakan di sekitar $1545 pada awal sesi Eropah.

Turut memperoleh manfaat adalah dolar Kanada apabila pasangan harga USD/CAD terus diniagakan menyusut menghampiri paras terendah 14 bulan, disokong oleh lonjakan harga minyak disebabkan oleh kebimbangan pasaran terhadap pengeluaran minyak yang mungkin terjejas susulan ketegangan tersebut.

US dolar diniagakan positif berbanding beberapa matawang utama melainkan safe haven yen dan loonie.

Data aktiviti sektor pembinaan di UK yang menunjukkan penguncupan pada bulan Disember terus menambah tekanan buat dagangan pound untuk diniagakan lebih rendah berbanding dolar USD.

Sementara itu, parti Buruh dilaporkan akan membentangkan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Pengeluaran Brexit untuk mengelakkan no-deal Brexit meskipun peluang untuk diluluskan adalah rendah memandangkan majoriti dipegang oleh parti Konservatif.

Kini menjadi perhatian pasaran adalah penerbitan data PMI pembuatan Amerika Syarikat pada malam ini dan minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada awal pagi nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat