Dagangan USD/CAD Dipengaruhi Ketidakstabilan Pasaran Minyak Mentah

258

Matawang dolar Kanada pada sesi pasaran New York semalam mencatatkan pengukuhan sementara susulan laporan pekerjaan ADP yang mengukur pertambahan pekerjaan sektor swasta diterbitkan semalam.

Angka bilangan pekerjaan swasta mencatatkan pertambahan 25,900 pekerjaan pada bulan Januari, lebih rendah berbanding 46,700 bulan sebelumnya.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD semalam, harga yang membuat kenaikan pada sesi sebelumnya telah mencatatkan penurunan di atas paras 1.32600 sehingga ke paras 1.32240 pada sesi New York.

Namun harga kembali melonjak semula melepasi paras 1.32600 dan menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Penyusutan bagi nilai matawang Loonie terus dipengaruhi ketidakstabilan harga minyak mentah dalam pasaran yang dibayangi oleh risiko Coronavirus.

China sebagai pengguna terbesar minyak dunia telah melaporkan dari daerah Hubei, kes jangkitan baru meningkat kepada 411 kes pada 20 Februari, lebih tinggi berbanding 349 hari sebelumnya.

Penuurunan harga minyak mentah pada Jumaat didorong oleh permintaan global yang perlahan turut mengekang pengukuhan matawang Loonie.

Dagangan USD/CAD pada hari ini dilihat masih berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) namun masih gagal menembusi resistance 1.32650 di zon SBR.

Jika harga membuat penurunan melepasi paras sokongan dinamik MA50, penurunan dilihat akan menguji semula paras terendah mingguan sekitar 1.32120.

Namun jika kenaikan harga berjaya melepasi zon SBR 1.32650, kenaikan harga berkemungkinan akan menuju paras tumpuan pada 1.33000. Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula resistance 1.33300.

Pelabur akan memberi tumpuan pada data jualan runcit Kanada pada bulan Disember yang akan diterbitkan pada jam 9.30 malam nanti yang akan mempengaruhi dagangan dolar Kanada.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat