Dah Boleh Melancong Ke UK? Kerajaan UK Umum Polisi Baru!

297

Pelancong yang datang ke UK boleh mengurangkan tempoh kuarantin secara bersendirian dari 14 hari kebiasaanya kepada hanya 5 hari sahaja bermula bulan hadapan jika ujian Covid-19 dijalankan disahkan negatif.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi ke arah pembukaan ekonomi yang lebih meluas. Menurut kenyataan pentadbiran UK, dasar kuarantin selama 5 hari ini akan mula diguna pakai bermula 15 Disember. Pelancong luar dikehendaki menjalani ujian Covid-19 dan kemudian pengasingan diri selama 5 hari. Jika individu didapati negatif Covid-19 maka individu dibenarkan untuk melawat UK.

Walaubagaimanpun semua itu bukanlah percuma, pelancong perlu menanggung kos ujian Covid-19 mereka sendiri yang berjumlah antara £ 65 sehingga £ 120.

Antara faktor yang mendorong pentadbiran UK mengambil langkah ini ialah kerana didesak oleh syarikat penerbangan sejak ‘lockdown’ ditarik kembali pada bulan Mei. Sektor pelancong dan penerbangan berpendapat perkembangan ekonomi mereka terbantut kerana proses kuarantin yang diterapkan menghalang orang ramai untuk melancong di UK.

Selain itu, kerajaan UK juga akan mengakiri peraturan yang menghalang kemasukan pelancong luar ke UK kecuali atas urusan kerja pada 2 Disember ini. Segelintir penganalisis berpendapat bahawa langkah ini merupakan langkah awal ke arah perkembangan industri pelancongan dan ia dapat meningkatkan keyakinan orang ramai.

Akhir sekali hanya negara-negara yang berada dalam senarai yang dikeluarkan kerajaan UK sahaja dibenarkan untuk melawat UK. Senarai negara adalah berdasarkan situasi semasa yang melanda sesbuah negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat