Dah Elok Naik, AUD/USD Terjun Semula Lebih 100 Pips Semalam!

187

Pelabur masih kekal waspada dengan pergerakan tak menentu pasaran menuju penghujung tahun 2022 ini dengan sebarang kejutan yang boleh berlaku.

Bergerak suram dari awal minggu, US dolar walau bagaimanapun berjaya menyerlah untuk didagangkan sedikit kukuh di penghujung minggu ini berbanding mata wang utama yang lain.

Situasi ini didorong oleh terbitan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu yang mencatatkan angka yang meningkat mengatasi ramalan.

Dan data pertumbuhan ekonomi AS yang diterbitkan pada sesi New York semalam juga menampilkan angka bacaan terakhir meningkat berbanding jangkaan untuk kekal di paras bacaan sebelumnya.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, corak kenaikan awal harga berubah semula semalam mempamerkan penurunan.

Harga dilihat telah mencapai paras ketinggian 0.67650 sehingga ke sesi Eropah pada Khamis semalam, namun menyambung dagangan ke sesi New York harga telah menjunam semula sehingga mencecah paras 0.66500 dengan penurunan harian lebih 100 pips dicatatkan.

Penurunan semula harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat bearish semula dengan pergerakan bersambung pada Jumaat perlahan di bawah zon 0.67000.

Jika penurunan harga diteruskan, zon support mingguan sekitar 0.66400 akan terus diuji dan sekiranya sudah tidak mampu menahan harga untuk jatuh lebih rendah, harga berkemungkinan akan catatkan paras terendah terbaru.

Sasaran untuk menuju sekitar 0.65400 akan merekodkan paras terendah harga bagi tempoh dagangan 6 minggu.

Namun jika harga melonjak semula melepasi halangan MA50 dan zon 0.67000, zon rintangan pada 0.67700 sekali lagi akan menjadi tumpuan untuk diuji seperti Khamis semalam.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan seterusnya akan menuju sekitar 0.68300 dan kemudiannya ke zon rintangan 0.69000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat