Dah Ready Nak Trade? Tunggu! Lihat Sentimen Pasaran Dulu

684

US dolar memulakan dagangan sesi Asia dengan kekal menguat berbanding kebanyakan matawang utama yang didagangkan berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat hari ini.

Para pelabur kini berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan mengenai hasil keputusan pilihan raya yang akan datang, dengan meningkatkan pegangan terhadap US dolar yang selamat sehingga mereka berada dalam posisi yang baik untuk memanfaatkan volatiliti dalam pasaran.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan mengukuh di sekitar paras hampir satu bulan pada 94.05.

Sementara safe-haven yen juga menokok lebih tinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan kekal menguat pada 104.75 berbanding US dolar pada awal sesi Asia.

Bagi matawang Asia, dolar Aussie didagangkan stabil menjelang mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) sebentar lagi, di mana pasaran menjangkakan pemotongan kadar faedah dan perubahan dalam pelonggaran kuantitatif.

Dolar New Zealand yang turut mengikuti kenaikan semula dolar Aussie dan lonjakan dalam pasaran saham, diniagakan stabil pada $0.6630.

Selain itu, euro terus didagangkan lemah di sekitar paras terendah satu bulan berikutan pengukuhan US dolar dan jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengurangkan kadar faedah pada mesyuarat polisi seterusnya.

Matawang pound pula stabil setelah mencatat sedikit peningkatan pada sesi sebelum ini. Pada mesyuarat polisi pada hari Khamis, Bank of England (BOE) dijangka meningkatkan rangsangan monetari untuk terus menyokong ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat