Dahsyat! Kejatuhan Kadar Pengangguran Australia Kejutkan Pasaran

287

Sesi pasaran Asia disajikan dengan penerbitan data pekerjaan Australia yang menunjukkan pasaran buruh terus menguat di negara itu.

Tanpa dijangka, kadar pengangguran menurun ke paras terendah baharu sejak 1974 dengan catatan 3.4% pada bulan Oktober daripada 3.5% yang direkodkan pada September dan dijangkakan.

Pekerjaan meningkat sebanyak 32,200 pada bulan lalu, lebih dua kali ganda daripada ramalan peningkatan 15,000 dan jauh lebih tinggi daripada catatan sebelumnya yang menurun 3,800.

Data terbaru ini, bersama-sama dengan laporan gaji yang kukuh pada hari Rabu, menyokong pengetatan dasar Reserve Bank of Australia (RBA) ketika ia cuba mengekang inflasi tertinggi dalam tempoh lebih tiga dekad.

Kekuatan pasaran buruh adalah sebab utama bank pusat menganggap ia boleh mengelak daripada kemelesetan ketika kadar faedah terus dinaikkan.

Hasil bon kerajaan Australia meningkat susulan data tersebut dikeluarkan, manakala dolar Aussie sedikit berubah memandangkan angka terbaru ini dilihat tidak akan mengubah jangkaan untuk kenaikan kadar 25 mata asas pada mesyuarat polisi Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat