Dalam Berteka-Teki Keputusan Pilihan Raya, EUR/USD Melonjak Lagi 150 Pips!

564

Pasaran kekal berada dalam suasana berwaspada sementara masih tiada lagi kemenangan untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru walaupun kemenangan dilihat hampir berpihak ke arah Joe Biden.

Tekanan turut dirasakan oleh Donald Trump sehingga beliau mendakwa berlaku ketidaktelusan dalam proses kiraan undian setelah sebelum ini beliau begitu yakin memenangi pilihan raya walaupun undian masih belum berakhir.

Dapat dilihat dagangan US dolar pamerkan prestasi yang lemah kembali dengan lonjakan semula pasaran saham AS.

Mesyuarat FOMC pada awal pagi ini juga dengan keputusan dilihat bernada dovish Federal Reserve (Fed) selepas kadar faedah dikekalkan dengan pembelian bon berterusan bagi menyuntik rangsangan ekonomi yang terjejas akibat pandemik.

Selepas analisis dikongsikan oleh INTRADAY semalam, harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat meneruskan kenaikan sehingga melepasi zon SBR (support become resistance) 1.18000 namun gagal mencapai ketinggian pada zon resistance 1.19000.

Paras ketinggian dicapai sekitar 1.18600 dengan kenaikan harian dicatatkan sekitar 150 pips selepas melonjak dari paras sokongan 1.17200.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Jumaat), harga kembali turun menguji zon tumpuan 1.18000 sebelum ini yang bertindak sebagai support harga.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan diteruskan harga menuju ke zon resistance 1.19000 sebelum menutup tirai dagangan pada minggu ini.

Kenaikan yang berjaya melepasi paras 1.19000 tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu pada carta EUR/USD.

Sebaliknya jika harga gagal mengekalkan momentum kenaikan sebelum membuat penurunan semula, paras tumpuan harga adalah pada paras sokongan 1.17200 dan 1.16800.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah semula sehingga ke zon support 1.16000.

Pelabur akan lebih berhati-hati terhadap dagangan di sesi New York menjelang terbitan laporan data pekerjaan NFP AS untuk bulan Oktober yang akan turut mempengaruhi dagangan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat