Dalam Diam, Syarikat Ini Dapat Manfaat Daripada Kelemahan Yen

300

Pendirian bank pusat Jepun (BOJ) untuk kekal dovish semakin menyakitkan mata wang yen untuk merosot ke paras terendah 20 tahun, menyebabkan kos makanan dan bahan api yang diimport meningkat tinggi sekali gus memberi kesan pada isi rumah dan perniagaan.

Walaupun begitu, terdapat juga entiti yang mendapat manfaat daripada kelemahan mata wang itu, khususnya syarikat yang mempunyai perniagaan di luar negara dan hutang dolar yang lebih rendah.

Ini kerana banyak ramalan firma untuk tahun fiskal semasa adalah berdasarkan andaian mata wang akan ¥15 hingga ¥20 lebih kukuh berbanding USD daripada paras semasa pada ¥134.

Bagi Takeda Pharmaceutical Co, pengeluar ubat terbesar Jepun, nilai yen yang lebih lemah membantu kerana 80% daripada jualannya adalah di luar negara. Takeda telah membuat unjurannya berdasarkan nilai yen pada ¥119 berbanding dolar.

Nintendo Co, pembuat permainan video yang berpangkalan di Kyoto, mengeluarkan ramalan pendapatan untuk setahun pada bulan lepas dengan mengandaikan yen pada ¥115 menjelang Mac 2023, penghujung tahun fiskal.

Presiden Shuntaro Furakwa memberitahu pelabur pada masa itu bahawa peralihan satu yen daripada kadar itu akan menghasilkan peningkatan ¥6.3 bilion ($47 juta) dalam AS sahaja jika jualan tidak berubah.

Sementara itu, presiden pembuat kamera Canon, Fujio Mitarai mengatakan kejatuhan nilai mata wang yen boleh menjadi manfaat yang sangat besar kepada syarikat itu.

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas Canon mengeluarkan unjuran berdasarkan kadar jangkaan ¥120 berbanding dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat