Dana Asing Tingkatkan Pembelian Ekuiti Tempatan

248

Pelabur asing kembali menjadi pembeli kepada ekuiti tempatan selepas 8 minggu berturut-turut mencatat peningkatan dalam aliran keluar bersih asing dan memetik kepada laporan MIDF Research terdapat hanya 13 minggu pembelian bersih asing setakat ini bagi tahun 2019.

Berdasarkan data daripada Bursa Malaysia, sebanyak RM192.1 juta bersih ekuiti tempatan dicatatkan dipegang oleh pelabur asing pada minggu lepas.

Perkembangan positif daripada pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda telah mengurangkan kebimbangan pelabur dengan membawa masuk kembali mereka ke dalam pasaran.

Pasaran tempatan mempunyai permulaan yang kukuh pada hari Selasa dengan kemasukan dana antarabangsa ke pasaran dan membeli sebanyak RM197.3 juta bersih ekuiti. Dengan catatan tersebut, ia merupakan aliran masuk bersih asing tertinggi pernah direkodkan dalam sehari sejak awal Jun 2019, menurut MIDF.

Pelabur asing dilihat mengurangkan pegangan ekuiti tempatan pada hari seterusnya namun dengan kadar yang lebih perlahan iaitu mencatat aliran masuk bersih asing sebanyak RM99.7 juta sejajar dengan prestasi di pasaran serantau yang lain.

Dengan keputusan Bank Negara Malaysia dalam mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus pada hari Khamis, menyebabkan pelabur asing mula melepaskan pegangan ekuiti tempatan sebanyak RM49.9 juta.

Tindakan Bank Pusat Eropah (ECB) melancarkan rangsangan barunya terhadap pemotongan kadar faedah tidak menghalang pelabur asing untuk terus menjual ekuiti tempatan sebanyak RM55 juta pada Jumaat.

Dengan penjualan bersih asing sebanyak RM86.5 juta bagi bulan September yang dicatatkan paling rendah di kalangan tujuh pasaran Asia yang lain, menjadikan jumlah ekuiti tempatan yang dikeluarkan setakat ini adalah RM7.43 bilion bagi tahun 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat