Dana Bersama Jadi Sasaran,Bank Pusat Rusia Mula Ambil Tindakan Terhadap Pelaburan Kripto!

1,054

Bank Pusat Persekutuan Rusia (CBR) dilaporkan sedang mengambil langkah untuk menghalang dana pelaburan bersama daripada melabur ke dalam aset kripto seperti bitcoin. Sekatan itu juga akan dikenakan kepada pelaburan bercorak derivatif, dimana nilainya bergantung kepada kadar turun naik aset asas atau harga sekuriti yang terikat dengan aset kripto..

Pihak bank pusat menjelaskan langkah itu diperlukan bagi melindungi dana dan hak pelabur. Langkah itu bukan sahaja melibatkan pelabur yang tidak berkelayakan tetapi juga yang bertauliah. Ia akan diperkenalkan melalui pindaan CBR 2016 iaitu ” komposisi dan struktur aset dana pelaburan saham bersama dan aset dana pelaburan bersama” .

Perbankan Russia baru-baru ini telah menerbitkan draft awal mengenai perubahan dalam perbincangan.Segala maklum balas atau cadangan mengenai draf dokumen akan dibuka sehingga 27 Disember. Pengawal selia telah mengemukakan peruntukan baharu selepas memberi amaran kepada pengurus aset pada awal tahun ini bahawa mereka tidak seharusnya memasukkan aset kripto kedalam dana bersama mereka.

Pada bulan Julai yang lalu, CBR menasihatkan bursa saham Rusia untuk mengelakkan penyenaraian instrumen berdasarkan aset kripto dan mengesyorkan bahawa broker dan pemegang amanah harus mengelak daripada menawarkan perkara tidak sepatutnya. Selain itu, pihak berkuasa menyatakan ia tidak akan membenarkan akses kepada kripto untuk pelabur tersebut dan menolak penyediaan perkhidmatan kewangan yang berkaitan.

Keputusan tinjauan yang dikeluarkan pada bulan ini menunjukkan bahawa aset alternatif seperti aset kripto merangkumi lebih separuh daripada portfolio pelabur yang tidak berkelayakan di negara itu. Dalam pada itu, 46% daripada 1,000 responden mengakui bahawa mereka hanya menganggap aset kripto sebagai pelaburan lindung nilai untuk masa hadapan.

Pada bulan Oktober lalu, Ketua Jawatan Pasaran Kewangan, Anatoly Aksakov, mendedahkan bahawa penggubal undang-undang di dewan parlimen Rusia (Duma), merancang untuk meneliti sekatan untuk pelabur swasta mengenai pembelian kripto.

Pada Oktober 2020, Perbankan Rusia mencadangkan had tahunan sebanyak 600,000 rubel (lebih daripada $8,000) dan juga meminta pendapat umum mengenai jumlah tersebut. Dijangka selepas membuat ketetapan, had akan dimasukkan ke dalam undang-undang “Aset Kewangan Digital” yang berkuat kuasa pada bulan Januari, namun sayangnya hal tersebut tidak berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat