Dapatan Kajian IMF: Pelabur Kripto Mula Beri Perhatian Pada Pasaran Ekuiti Asia, Ini Sebabnya!

380

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menerbitkan satu catatan di blog rasmi mereka mengenai peraturan mata wang kripto dan dapatan kajian bahawa kripto kini dilihat lebih sejajar dengan pasaran ekuiti Asia.

Anne-Marie Gulde-Wolf, timbalan pengarah Jabatan Asia dan Pasifik IMF, Nada Choueiri, ketua misi untuk India, dan Tara Iyer, seorang ahli ekonomi dalam bahagian analisis kestabilan kewangan global Jabatan Monetari dan Pasaran Kewangan IMF antara yang berpandangan seperti tersebut;

“Walaupun korelasi pulangan dan turun naik antara bitcoin dan pasaran ekuiti Asia rendah sebelum penularan pandemik, namun ia mula berubah dengan ketara sejak 2020,”. “Perdagangan kripto walaubagaimanapun mula catat lonjakan sejak masyarakat mula kerja dari rumah dan menerima bantuan kerajaan. Dalam masa yang sama, kadar faedah yang rendah dan syarat pembiayaan yang mudah turut memainkan peranan.”

Mereka memperincikan:

Apabila pelabur Asia berpusu-pusu terjun ke dalam dunia kripto,korelasi antara prestasi pasaran ekuiti rantau ini dan aset kripto seperti bitcoin dan ethereum telah meningkat.

Pegawai IMF menyatakan bahawa sebagai contoh, “korelasi pulangan bitcoin dan pasaran saham India telah meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding pandemik, mencadangkan faedah kepelbagaian risiko yang terhad bagi kripto”. Di samping itu, “Korelasi turun naik telah meningkat sebanyak 3 kali ganda.”

Pegawai IMF selanjutnya menyatakan bahawa “peningkatan korelasi kripto-ekuiti di Asia telah menunjukkan peningkatan mendadak dalam turun naik pasaran kripto-ekuiti di beberapa negara Asia,”.

Ini menunjukkan korelasi (saling berhubungan) yang semakin meningkat antara dua kelas aset, dimana apa-apa sentimen ke atas dua pasaran ini boleh mempengaruhi turun naik pasaran. Pegawai IMF juga menegaskan bahawa “Rangka kerja pengawalseliaan untuk kripto di Asia harus disesuaikan dengan kegunaan utama aset tersebut di dalam negara.”

Para penggubal pasaran mengharapkan IMF menetapkan garis panduan yang jelas mengenai institusi kewangan yang dikawal selia dan berusaha untuk memaklumkan dan melindungi pelabur runcit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat