Dasar Ekonomi Yang Luar Biasa Dari Trump Menghantar US Dollar Ke Paras Tertinggi

58

Aussie mengukuh dalam sesi Asia pada hari Selasa selepas minit mesyuarat menunjukkan bahawa risiko inflasi berada pada paras stabil.

AUD/USD didagang meningkat pada 0.16%, manakala USD/JPY menjunam 0.34%.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar tunai pada rekod yang stabil iaitu sebanyak 1.5% dalam minit mesyuarat bulan November. Dalam minit mesyuarat itu lagi, prospek inflasi dilihat masih berada pada tahap stabil melalui sektor perdagangan dan pekerjaan.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 100.03.

Semalam, US Dollar meneruskan kenaikan dalam tempoh sebelas bulan berbanding matawang utama yang lain kerana keyakinan terhadap dasar ekonomi Trump terus meningkatkan permintaan bagi US Dollar. Dasar Trump yang dianggap luar biasa terus menambah keyakinan pasaran terhadap ekonomi Amerika Syarikat dibawah pimpinan Trump.

Jangkaan kenaikan kadar pada bulan Disember oleh Fed juga terus mengukuh sekali gus akan mengetatkan kos pinjaman.

May Pastikan UK Akan Lebih Berdaya Saing Selepas Peristiwa Bersejarah Brexit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat