Data ADP AS Jadi Tumpuan, USD Nak Ke Mana?

481

Dolar Amerika terus mengekalkan pengukuhan menuju akhir dagangan Jun, dan berada di landasan untuk kenaikan bulanan terbesarnya sejak bulan Mac setelah meningkat kira-kira 2.5% berbanding pesaing utamanya pada bulan ini.

Kenaikan ini telah disokong oleh isyarat Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat polisi pertengahan Jun, yang menjangkakan pengetatan dasar monetari lebih cepat dari dijangkakan.

Dalam pada itu, sentimen pasaran semasa yang bimbang dengan lonjakan mendadak kes coronavirus di Asia dan Eropah turut menyokong dagangan US dolar sebagai safe-haven, selain matawang yen.

Kebimbangan ini telah menyebabkan kebanyakan matawang utama jatuh lebih rendah pada sesi Eropah, terutamanya matawang berkaitan komoditi.

Matawang euro terus didagangkan lemah meskipun bacaan awal data inflasi Eropah bagi bulan Jun menepati jangkaan untuk meningkat pada 1.9%, sedikit susut daripada angka sebelum ini pada 2.0%.

Sementara menantikan penerbitan laporan pekerjaan pada hari Jumaat, pelabur terlebih dahulu akan melihat pengeluaran data pekerjaan ADP pada malam ini sebagai petunjuk kepada bacaan NFP AS.

Laporan pekerjaan sektor swasta ADP dijangka akan menunjukkan peningkatan sebanyak 600,000 pada bulan Jun, lebih rendah daripada yang dilaporkan pada Mei yang mencatatkan kenaikan hampir 1 juta pekerjaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat