Data ADP Kurang Dari Jangkaan – Pertumbuhan Pekerjaan Sektor Swasta Semakin Membimbangkan?

125

Data gaji swasta (ADP) kurang memuaskan, dimana bacaan ADP pada bulan Oktober meningkat kurang daripada jangkaan. Hal ini menunjukkan tanda-tanda bahawa terdapat pemulihan yang perlahan dalam aktiviti ekonomi dengan rangsangan fiskal yang semakin berkurangan dan jangkitan pandemik Covid-19 kembali melonjak di seluruh negara.

Berdasarkan data yang dikeluarkan dalam Laporan ADP pada hari Rabu, pembayaran gaji dalam pekerjaan sektor swasta meningkat sebanyak 365,000 pekerjaan. Bacaan ini jauh tersasar daripada sasaran ahli ekonomi yang mensasarkan peningkatan sebanyak 650,000 pada bulan Oktober. Data ADP pada bulan September telah disemak semula menunjukkan 753,000 pekerjaan yang ditambah.

Pilihan raya presiden masih belum mendapat hasil keputusan kerana sebahagian negeri memerlukan lebih masa dan mungkin sehingga esok untuk memutuskan hasil undian. Trump sejak awal lagi telah membuat satu pernyataan bahawa beliau telah memenangi pilihan raya presiden.

Laporan ADP dikeluarkan menjelang laporan pekerjaan lebih komprehensif yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat. Para pakar ekonomi Reuters, mensasarkan sebanyak 7000,00 pertambahan pekerjaan NFP pada bulan Oktober.

Dipercayai lonjakan jangkitan pandemik di seluruh negeri A.S dapat memberi kesan terhadap sektor buruh. Pelabur kini menantikan keputusan sama ada Trump akan berjaya mengekalkan kedudukannya ataupun sebaliknya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat