Data ADP Rekod 135,000 Pekerjaan Lebih Daripada Jangkaan

34

Data terbaru sektor swasta Amerika Syarikat merekod tambahan 135,000 pada bulan September, melebihi jangkaan pakar ekonomi yang  menjangkakan ADP nonfarm payrolls yang hanya meningkat sebanyak 125,000 pekerjaan. Bacaan ini merupakan bacaan terendah sejak Oktober 2016.

Data pada bulan Ogos dikaji semula daripada peningkatan 237,000 kepada 2228,000.

”Kejatuhan tambahan pekerjaan disebabkan, syarikat-syarikat perniagaan kecil mengurangkan tawaran pekerjaan” kata Ahu Yildirmaz, penolong pengerusi penyelidikan institut ADP.

Tambah beliau, pengurangan penawaran pekerjaan rentetan badai Harvey dan Irma yang telah memberi impak kepada peniaga-peniaga kecil. Selain itu, ia juga disebabkan tawaran yang disediakan oleh syarikat-syarikat kecil tidak menarik perhatian calon-calon mahir.

Data ADP dikeluarkan lebih awal daripada laporan Jabatan Buruh US adalah lebih rinci, kerana mengandungi pekerjaan sektor kerajaan dan sektor swasta.

Pakar ekonomi menjangkakan ekonomi U.S akan menambahkan 90,000 peluang pekerjaan pada bulan September berbanding bulan Ogos yang mencatat 156,000. Kadar pengangguran dijangka akan kekal pada 4.4%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat