Data CPI UK Heret GBP/USD Junam Ke Bawah!

109

Data inflasi UK yang diterbitkan di awal sesi Eropah semalam telah memberi kesan ketara terhadap pergerakan mata wang sehingga ke sesi berikutnya.

Bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) UK untuk bulan April catat 8.7% berbanding jangkaan 8.2%, namun ini adalah bacaan pertama di bawah 10% sejak Oktober tahun lalu.

Pound melonjak ketika reaksi awal data diterbitkan, namun kembali susut semula sehinggalah menyambung dagang ke sesi New York semalam.

Pelabur mungkin menghadam inflasi UK kekal tinggi, namun bank pusat dilihat mempunyai sedikit ruang untuk memperlahan dasar ekoran kadar faedah jika terlalu tinggi boleh memudaratkan pertumbuhan ekonomi semasa.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat melonjak dahulu ke paras 1.24700 sebelum penurunan sekitar 100 pips dipamerkan.

Setelah kembali turun di bawah paras 1.24000, harga akhirnya mencecah sekitar 1.23600 di penghujung sesi New York mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Pergerakan harga yang kembali berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menyokong jangkaan untuk trend bearish diteruskan lagi.

Penurunan perlahan diperlihatkan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), dijangka akan menuju sekitar 1.23000 dan reaksi harga di kawasan tersebut akan diperhatikan.

Malah, harga boleh turun lebih rendah lagi jika Pound terus suram sementara US dolar berjaya kekalkan pengukuhannya di penghujung minggu.

Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan semula, paras 1.24000 dilihat akan menjadi rintangan terhampir yang akan diuji sebelum isyarat perubahan trend apabila harga melepasi halangan MA50.

Jangkaan kenaikan yang diteruskan bakal menuju 1.25000 sebelum sasaran lebih tinggi akan beralih pada 1.26000 dengan pergerakan bullish lebih jelas dipaparkan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat