Data Dari China Salah Satu Faktor Turun Naik Nilai Dagangan Yang Ketara Hari Ini.

634

Data ekonomi yang lemah daripada China mengheret pasaran Forex hari ini kepada sentimen yang berisiko pada sesi Asia dan awal dagangan Eropah. Hal ini menyebabkan pelabur mulai bimbang mengenai pertumbuhan ekonomi kedua terbesar dunia tersebut.

Bacaan sektor perkilangan PMI China turun lebih lemah daripada ramalan pasaran iaitu pada 50.1. Kesemua komponen dalam tinjauan PMI ini mencatatkan kejatuhan kecuali pesanan eksport baru sedikit menaik daripada 47.1 kepada 49.7.

Berita China yang mengecewakan pada Asia diimbangi dalam sesi Eropah dengan data kadar inflasi Jerman yang pulih dengan ketara. Bukan itu sahaja, bacaan inflasi zon Eropah juga hadir dengan lebih baik daripada jangkaan pada 0.4% berbanding 0.3%.

Tumpuan pelabur pada pasaran New York malam ini akan mula terarah kepada pembacaan KDNK Kanada yang dapat memberi nafas positif kepada Loonie jika data dikeluarkan dengan baik.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat