Data EIA Kecewakan Pelabur, Ini Kesannya Pada Pasaran Minyak!

284

Emas hitam didagangkan bercampur pada hari Khamis setelah data rasmi kerajaan menunjukkan peningkatan dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat sekali gus mendorong penjualan komoditi hitam itu.

Penanda aras WTI Amerika Syarikat didagangkan positif pada sesi Eropah dengan berlegar di sekitar harga $74.80 setong, sementara dagangan minyak mentah Brent pula sedikit susut pada $78.10 setong.

Kedua-dua penanda aras telah mencatatkan penyusutan 0.6% pada Rabu selepas data dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan kenaikan dalam bekalan minyak mentah AS sebanyak 4.6 juta tong pada minggu lalu.

Sebelum itu, pelabur telah menyaksikan laporan daripada Institut Petroleum Amerika (API) yang turut memaparkan peningkatan sebanyak 4.1 juta tong pada minggu yang berakhir pada 24 September.

Kenaikan dalam stok AS berlaku ketika pengeluaran di Teluk Mexico kembali ke tahap yang sama sebelum Taufan Ida melanda sekitar sebulan yang lalu, dengan meningkat kepada 11.1 juta tong sehari pada minggu lepas.

Walaupun merosot, namun dagangan komoditi hitam itu dilihat masih bertahan di sekitar tahap tertinggi yang dicapainya pada awal minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat