Data Ekonomi AS Positif, AUD/USD Kembali Catat Penurunan Semula

265

Pergerakan matawang US dolar dalam pasaran sebelum ini lemah selepas perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China selesai ditandatangani pada awal pagi Khamis. Walaupun sentimen pasaran positif, terdapat keraguan pada kesinambungan hubungan dua ekonomi terbesar dunia itu ekoran tarif import China masih belum dihapuskan oleh Amerika Syarikat.

Namun dagangan USD kembali mengukuh pada sesi pasaran New York semalam selepas data-data ekonomi diterbitkan positif.

Data jualan runcit Amerika Syarikat bagi bulan Disember mencatatkan bacaan kukuh merekodkan kenaikan bagi bulan ketiga berturut-turut. Sementara data ekonomi yang lain turut positif keseluruhannya.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta AUD/USD semalam yang mencapai kenaikan di paras 0.69300 kemudiannya kembali menjunam susulan pengukuhan semula matawang USD.

Harga turun ke paras lebih rendah dari garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga pada carta AUD/USD memberi isyarat awal penurunan harga.

Pada dagangan sesi Asia pagi ini pula, harga yang dilihat menyambung penurunan semula kemudiannya kembali meningkat selepas data pertumbuhan ekonomi China dikeluarkan menepati jangkaan.

Namun harga yang membuat kenaikan menguji halangan MA50 gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi. Ini kerana jika dinilai pada bacaan data, pertumbuhan GDP China masih kekal berada di paras paling lemah dalam tempoh 29 tahun.

Ini berkemungkinan akan mendorong harga untuk turun lebih rendah menguji zon RBS (resistance become support) pada 0.68800.

Penurunan harga yang berjaya melepasi zon tersebut bakal menuju zon support penting di paras 0.68500.

Namun jika kenaikan kembali berlaku, harga bakal menguji semula paras ketinggian 0.69300 yang dicapai semula di mana paras tersebut juga dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat