Data Ekonomi China Bertambah Baik? Jangan Terlalu Berharap

278

‘Lambat lagi rasanya pemulihan akan dapat dirasai.’

Pembukaan semula China melalui pelonggaran dasar sifar-Covid diharap dapat membawa perubahan kepada negara kuasa ekonomi ke-2 global itu pada tahun depan.

Namun ceritanya untuk tahun ini masih belum berakhir dengan bacaan data-data utama China bulan November menunjukkan ekonomi negara Tembok Besar itu masih bergerak lemah.

Data indeks harga pengeluar (PPI) China tidak berubah pada -1.3% untuk 2 bulan berturut-turut, namun berjaya atasi unjuran -1.5% pasaran.

Ini secara tidak langsung juga menandakan kelemahan pada aktiviti dan kejatuhan permintaan dalam ekonomi China tatkala data indeks harga pengguna (CPI) merosot 1.6% berbanding 2.1% bulan sebelum.

Zhiwei Zhang, ketua ekonomi Pinpoint Asset Management, mengesahkan bahawa bacaan data-data itu menandakan momentum ekonomi China masih lagi lemah.

Menyentuh pula berkenaan pelonggaran sekatan dasar sifar-Covid pula, Zhang menolak ia akan memberi impak segera kepada pertumbuhan ekonomi China walaupun beliau masih menyambut baik berita itu.

Dalam pada itu, parti politik Politburo Parti Komunis menggesa kerajaan untuk menumpukan kepada menstabilkan pertumbuhan pada 2023, menggalakkan permintaan domestik dan pembukaan kepada dunia luar.

Semasa mesyuarat politik yang diadakan Selasa lalu, parti itu juga menggariskan beberapa kelemahan pada ekonomi China yang perlu diselesaikan bagi mendorong peningkatan dalam pasaran dan pengguna.

Suka dimaklumkan bahawa ekonomi China mengalami penyusutan yang teruk, kesan daripada sekatan Covid-19 yang menyekat pertumbuhan aktiviti perkilangan dan merencatkan perbelanjaan pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat