Data Ekonomi Sesi Eropah Menyokong Dagangan Euro Dan Pound Sterling

587

Sesi pasaran Eropah pada hari ini memberi sinar kembali pada dagangan dolar Euro dan Pound Sterling apabila data ekonomi yang dikeluarkan mencatatkan bacaan yang memuaskan.

Meneliti data pengeluaran perindustrian di Perancis, angka yang dicatatkan meningkat kepada 2.1% untuk bulan Mei iaitu yang tertinggi sejak November 2016 diikuti dengan data yang dikemaskini pada bulan sebelumnya meningkat kepada 0.5%.

Kemudian, data pengeluaran perindustrian di Itali pula untuk bulan Mei turut meningkat kepada 0.9% mengatasi jangkaan kenaikan 0.1% berbanding penurunan -0.8% yang dikemaskini semula untuk bulan April lalu.

Susulan data dikeluarkan, dagangan dolar Euro mula menunjukkan kenaikan pada beberapa carta harga berbanding pasangan matawang utama yang lain.

Seterusnya, tumpuan beralih pula kepada data ekonomi di United Kingdom. Data yang menjadi tumpuan utama iaitu kadar pertumbuhan GDP UK menepati jangkaan kenaikan 0.3% oleh pasaran berbanding penurunan -0.4% bacaan data sebelum ini.

Defisit perdagangan UK turut menguncup kepada GBP 2.32 bilion pada Mei berbanding angka 3.72 bilion pada catatan bulan sebelumnya. Perbezaan defisit tersebut juga merupakan paling terendah sejak September tahun lalu ekoran kenaikan pada kadar eksport sementara kadar import pula menurun untuk bulan kedua berturut-turut.

Data pengeluaran perkilangan dan perindustrian di UK juga mencatatkan kenaikan walaupun kadar kenaikan tidak mencapai jangkaan pasaran.

Secara pemerhatian teknikal, dagangan dolar Euro dan Pound Sterling dilihat kembali membuat kenaikan dan berkemungkinan menjadi titik permulaan untuk momentum lonjakan harga buat matawang Eropah tersebut dalam tempoh dagangan yang terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat