Data GDP China Gagal Rangsang Dolar Aussie, Kiwi Pula Pamer Reaksi Sebaliknya

230

Sesi pasaran Asia memperlihatkan tumpuan pelabur terarah kepada penerbitan data dari China yang melibatkan bacaan GDP dan beberapa data ekonomi yang lain.

Data tumpuan utama iaitu pertumbuhan ekonomi GDP China yang baru diterbitkan mencatat pertumbuhan sebanyak 6.1% pada tahun 2019, manakala pada suku keempat pula ekonomi berkembang pada kadar 6.0%, selaras dengan jangkaan pasaran.

Bacaan ini menunjukkan ekonomi China kekal dengan kadar pertumbuhan paling lemah sejak suku pertama tahun 1992 disebabkan tekanan perdagangan oleh A.S serta permintaan domestik dan global yang merosot.

Ini menyebabkannya gagal merangsang pergerakan dolar Aussie untuk meningkat pada sesi Asia, meskipun terdapat peningkatan berbanding USD yang dipamerkan oleh matawang itu pada mulanya.

Dolar New Zealand pula menunjukkan reaksi sebaliknya apabila dilihat terus mencatatkan peningkatan berbanding USD.

Selain daripada data GDP, pengeluaran data lain juga memaparkan bacaan yang memberangsangkan terutama dalam jualan runcit, pengeluaran industri dan pertumbuhan pelaburan.

Pengeluaran industri meningkat dengan pertumbuhan paling kukuh dalam tempoh 9 bulan iaitu 6.9% pada bulan Disember, jauh tersasar daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan hanya sebanyak 5.9%.

Pelaburan aset tetap bagi bulan Disember pula mencatat peningkatan 5.4% berbanding jangkaan untuk meningkat 5.2%.

Jualan runcit pula meningkat 8.0% tidak berubah dari bacaan yang dicatatkan pada November, tetapi melebihi unjuran pasaran untuk kenaikan 7.9%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat