Data Inflasi Australia Benar-benar Memeranjatkan!

10,078

Kadar inflasi Australia melonjak pada suku pertama tahun ini dengan kenaikan kadar tahunan terpantas sejak 2001, disokong oleh kos bahan api dan makanan yang lebih tinggi.

Indeks harga pengguna (CPI) bagi tiga bulan pertama 2022, meningkat 5.1% daripada setahun lalu, dan 2.1% lebih tinggi berbanding suku keempat 2021, menurut laporan yang dikeluarkan Biro Statistik Australia (ABS) sebentar tadi.

Kedua-dua bacaan jauh melebihi jangkaan pasaran, di mana CPI tahunan diunjur meningkat 4.6% dan secara suku tahunan pula 1.7%.

Harga bahan api meningkat sebanyak 11% pada suku tersebut, dengan kebanyakan kenaikan berlaku sebelum kerajaan Perdana Menteri Scott Morrison mengurangkan cukai bahan api sebanyak 22.1 sen seliter selama enam bulan.

Perang di Ukraine dengan Rusia sejak Februari merupakan faktor utama dalam peningkatan kos tenaga ketika Australia sedang mengalami pemulihan kuat daripada penutupan Covid-19.

Peningkatan ini secara tidak langsung menguatkan lagi jangkaan pelabur untuk Bank Pusat Australia (RBA) mula bertindak menaikkan kadar faedah lebih pantas bagi membendung tekanan harga semakin meningkat.

Reaksi awal dolar Aussie menunjukkan mata wang antipodean itu melonjak susulan penerbitan data ini. Bagaimanapun, pengukuhan US dolar yang lebih kuat membataskan pergerakan mata wang itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat