Data Inflasi UK Merosot, GBP/USD Catat Penurunan Pada Sesi Eropah

329

Sesi Eropah pada hari ini menyaksikan penurunan bagi dagangan Pound Sterling setelah data inflasi tahunan UK yang diterbitkan sebentar tadi mencatatkan bacaan yang lemah.

Indeks harga pengguna UK menyusut kepada 1.3% pada bacaan bulan Disember 2019, merekodkan bacaan paling lemah 3 tahun sejak November 2016. Angka tersebut juga lebih rendah berbanding jangkaan kekal di paras 1.5% seperti bulan sebelumnya.

Susulan tersebut, dagangan Pound menjunam pada carta harga khususnya pada carta utama GBP/USD.

Penurunan tersebut melenyapkan semula keuntungan yang diraih sebelum ini dengan kenyataan positif Perdana Menteri UK Boris Johnson berhubung perjanjian perdagangan bersama Kesatuan Eropah (EU).

Pada carta GBP/USD, harga yang bergerak mendatar sepanjang sesi Asia hari ini mencapai paras ketinggian 1.30400 menguji garisan trendline harga kemudiannya kembali mempamerkan penurunan.

Harga cuba turun lebih rendah melepasi paras tmpuan 1.30000 dan turut menguji garisan sokongan dinamik Moving Average (MA50).

Penurunan dilihat akan menuju zon support minggu ini sekitar 1.29600. Penurunan lebih rendah bakal menuju pula zon support seterusnya di paras 1.29100.

Jika kenaikan harga kembali berlaku, harga yang berjaya naik lebih tinggi melepasi trendline semasa, zon SBR (support become resistance) sekitar 1.31000 bakal menjadi tumpuan harga.

Kenaikan seterusnya boleh mencapai paras ketinggian 1.32000 atau 1.33000 yang menjadi tumpuan pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat