Data Ini Yang Menyebabkan Yen Mendapat Sedikit Tenaga dalam Sesi Asia!

32

Yen mendapat sedikit tenaga dalam sesi Asia sejurus selepas data pembuatan PMI dikeluarkan. Aussie juga membuat lantunan sederhana berbanding matawang utama yang lain. Pasaran sedang menumpukan perhatian terhadap minit mesyuarat Fed bagi sebarang petunjuk terhadap dasar yang akan dibawa oleh Donald Trump tahun ini.

Di Jepun, data pembuatan PMI bagi bulan Disember melonjak kepada 52.4 daripada 41.9 yang dicatat sebelum ini.

Dalam sesi ini, USD/JPY didagang merosot sebanyak 0.04 peratus manakala AUD/USD melonjak sebanyak 0.19 peratus.

AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama kali terakhir dinilai pada 103.24.

Semalam, US Dollar meningkat ke paras tertinggi pada Selasa selepas indeks aktiviti perkilangan di AS meningkat ke paras tertinggi sepanjang tempoh 2 tahun pada bulan Disember.

Dalam satu laporan berasingan, data perbelanjaan di AS pula mencecah rekod tertinggi dalam tempoh sepuluh tahun setengah pada bulan November.

Sejak pemilihan Trump, US Dollar telah meningkat mendadak berikutan jangkaan peningkatan perbelanjaan fiskal di bawah pentadbiran beliau.

Britain Berisiko Kehilangan 40 Billion Euro Selepas Brexit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat